AKSR by 7 Alpha Niaga

Notis Privasi

Dikemas kini: 6 Oktober 2026.

7 Alpha Niaga mengurus pendaftaran komik digital di aksr.my. Borang ini ditujukan kepada ibu bapa atau pengunjung laman sesawang AKSR dot My yang berminat.

Maklumat yang dikumpulkan

Nama, nombor WhatsApp, email, masa pendaftaran dan pilihan persetujuan promosi digunakan untuk merekod permintaan dan menghantar link komik melalui email anda yang telah didaftarkan selepas pengesahan email. Nombor WhatsApp direkodkan untuk urusan berkaitan penghantaran dan makluman yang anda pilih.

Hadiah percuma

Pendaftaran baharu akan menerima Komik Pengenalan Misi Siti & Bubu selepas pengesahan email.

Makluman promosi

Info, pelancaran siri-siri Misi Siti & Bubu baharu dan promosi terkini hanya dihantar kepada penerima yang memilih checkbox promosi. Pilihan ini tidak diwajibkan untuk mendapatkan komik percuma.

Penyimpanan dan akses

Pendaftaran dan status pengesahan disimpan melalui Netlify. Brevo digunakan untuk menghantar email pengesahan dan link komik, serta menyimpan maklumat pendaftaran yang telah disahkan. Notifikasi pendaftaran yang telah disahkan dihantar ke email pentadbir. Akses maklumat dihadkan kepada pentadbir dan penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk mengurus pendaftaran serta penghantaran. Maklumat tidak akan dipaparkan secara umum.

Permintaan berkaitan maklumat

Untuk meminta akses, pembetulan, pemadaman maklumat atau berhenti menerima promosi, email myalphaniaga@gmail.com.